Thursday 27 June 2013

Menepati CITARASA?. Buatlah tempahan sekarang dengan menghubungi Hasna Homemade Cookies (019-3009483)
ALMOND FLAKES

CHOCOLATE CHIPS


RM24.00 (350 GRAM = 65 - 68 KEPING)
RM24.00 (350 GRAM = 65 - 68 KEPING)
                   
                                              
SESIAPA YANG BERMINAT MENJADI PENGEDAR HASNA HOMEMADE COOKIES, SILA HUBUNGI SAYA.

TERIMA KASIH.

Wednesday 26 June 2013

Resepi Cream Puff

Pastry Puff :
100gm majerin
250gm air
125gm tepung gandum
3bj telur

Pastry Cream :
500ml susu uht
20gm tepung jagung
25gm tepung kastad
100gm castor sugar
2bj telur

Cara2 Penyediaan Cream Puff :
1. panskan api dan masukkan majerin dan air ke dalam periuk sehingga majerin tersebut cair. 
2. perlahankan api dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk. Angkat dan biarkan seketika.
3. setelah sejuk, masukkan telur dan gaul sehinnga sebati dan siap untk dipiping dan dibakar.

Cara2 Penyediaan Pastry Cream :
1. all in one method. campur semua skali bahan dan letak atas api dan tambah sedikit esen vanilla. seeloknya tepung ditapis untuk mengelakkan krim berketul.
2. kacau sehingga krim pekat .



Selamat Mencuba...

Resepi Kek Coklat Moist
Bahan-Bahan:-
  • 2 cawan buttercup.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 3/4 Van hounten koko powder.
  • 2 cawan gula halus atau gula kastard.
  • 5 biji telur.
  • 1 sudu baking powder.
  • 220 ml air.
Cara-Cara Membuat Kek Coklat Moist:-
  1. Tepung gandum dan baking powder diayak.
  2. Pukul butter dan gula sehingga kembang (guna stand mixer pun boleh).
  3. Masuk telur satu persatu.
  4. Masukkan tepung gandum, koko powder dan air sedikit demi sedikit dan adun sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang.
  6. Panaskan oven 150c dan bakar dalam 25 – 30minit.
Cara Membuat Topping Kek Coklat
Bahan-Bahan:-
  • 15 kiub coklat bar.
  • 3 sudu besar mentega.
  • 8 sudu susu pekat manis.
  • ½ sudu teh esen vanila.
Cara Menyediakan Topping Kek Coklat:-
Ambil periuk kecil dan isi dengan air kira-kira 2 hingga 3 inci dan masak sehingga mendidih. Masukkan coklat bar dan biarkan ia cair.
Selepas coklat bar telah benar-benar cair; tambahkan mentega, susu pekat dan esen vanila. Kacau sehingga pekat dan sebati dan curahkan diatas kek anda.

Kalau malas nak buat topping kek ni, pakai readymade Hershey’s chocolate sauce pun boleh juga, cuma tak originallah. Jadi, senangkan cara buat topping kek coklat ni.

Tuesday 25 June 2013

Jom oda....


Chocolate Chips dan Almond Flakes Cookies.

Untuk tempahan sempena kedatangan bulan syawal, hubungi Rozita di talian 019-3009483...PASTI BERBALOI..CEPAT JANGAN TERLAMBAT...



Tempahan juga boleh dibuat sebagai cenderahati kepada tetamu sempena majlis perkahwinan, pertunangan, akikah, rumah terbuka dan sebagainya...pelbagai bentuk bungkusan dengan harga yang berpatutan.  Hadiahkan tetamu dengan citarasa yang ranggup dan kenangan yang indah...








Hasna Homemade Cookies menyediakan perkhidmatan membekal kuih raya...BERMINAT? Hubungi : Rozita 019-3009483