Wednesday 26 June 2013

Resepi Kek Coklat Moist
Bahan-Bahan:-
  • 2 cawan buttercup.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 3/4 Van hounten koko powder.
  • 2 cawan gula halus atau gula kastard.
  • 5 biji telur.
  • 1 sudu baking powder.
  • 220 ml air.
Cara-Cara Membuat Kek Coklat Moist:-
  1. Tepung gandum dan baking powder diayak.
  2. Pukul butter dan gula sehingga kembang (guna stand mixer pun boleh).
  3. Masuk telur satu persatu.
  4. Masukkan tepung gandum, koko powder dan air sedikit demi sedikit dan adun sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang.
  6. Panaskan oven 150c dan bakar dalam 25 – 30minit.
Cara Membuat Topping Kek Coklat
Bahan-Bahan:-
  • 15 kiub coklat bar.
  • 3 sudu besar mentega.
  • 8 sudu susu pekat manis.
  • ½ sudu teh esen vanila.
Cara Menyediakan Topping Kek Coklat:-
Ambil periuk kecil dan isi dengan air kira-kira 2 hingga 3 inci dan masak sehingga mendidih. Masukkan coklat bar dan biarkan ia cair.
Selepas coklat bar telah benar-benar cair; tambahkan mentega, susu pekat dan esen vanila. Kacau sehingga pekat dan sebati dan curahkan diatas kek anda.

Kalau malas nak buat topping kek ni, pakai readymade Hershey’s chocolate sauce pun boleh juga, cuma tak originallah. Jadi, senangkan cara buat topping kek coklat ni.

No comments:

Post a Comment