Resepi Kek Coklat Moist
Bahan-Bahan:-
- 2 cawan buttercup.
- 2 cawan tepung gandum.
- 3/4 Van hounten koko powder.
- 2 cawan gula halus atau gula
kastard.
- 5 biji telur.
- 1 sudu baking powder.
- 220 ml air.
Cara-Cara Membuat Kek Coklat Moist:-
- Tepung gandum dan baking powder
diayak.
- Pukul butter dan gula sehingga
kembang (guna stand mixer pun boleh).
- Masuk telur satu persatu.
- Masukkan tepung gandum, koko
powder dan air sedikit demi sedikit dan adun sehingga sebati.
- Masukkan adunan kedalam loyang.
- Panaskan oven 150c dan bakar
dalam 25 – 30minit.
Cara Membuat Topping Kek Coklat
Bahan-Bahan:-
- 15 kiub coklat bar.
- 3 sudu besar mentega.
- 8 sudu susu pekat manis.
- ½ sudu teh esen vanila.
Cara Menyediakan Topping Kek Coklat:-
Ambil
periuk kecil dan isi dengan air kira-kira 2 hingga 3 inci dan masak sehingga
mendidih. Masukkan coklat bar dan biarkan ia cair.
Selepas
coklat bar telah benar-benar cair; tambahkan mentega, susu pekat dan esen
vanila. Kacau sehingga pekat dan sebati dan curahkan diatas kek anda.
Kalau
malas nak buat topping kek ni, pakai readymade Hershey’s chocolate sauce pun
boleh juga, cuma tak originallah. Jadi, senangkan cara buat topping kek coklat
ni.